Pelajari Strategi dan Kemahiran Keusahawanan Melalui Video Kursus Interaktif Kami
NADI x Keusahawanan merupakan program keusahawanan berstruktur bagi melatih dan membangunkan seramai 7,000 usahawan NADI di seluruh negara. Program ini memberikan asas kukuh dalam perniagaan, termasuk strategi membentuk model perniagaan, teknik pemasaran berkesan, perancangan kewangan yang mampan, serta pengurusan operasi perniagaan yang cekap. Usahawan diharapkan dapat memanfaatkan peluang agar lebih berdaya saing dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi dalam pelbagai sektor industri.