Program keusahawanan berstruktur bagi melatih dan membangunkan seramai 7000 usahawan NADI di seluruh negara. Program ini memberikan asas kukuh dalam perniagaan, termasuk strategi membentuk model perniagaan, teknik pemasaran berkesan, perancangan kewangan yang mampan, serta pengurusan operasi perniagaan yang cekap. Usahawan diharapkan dapat memanfaatkan peluang agar lebih berdaya saing dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi dalam pelbagai sektor industri.
PRA LATIHAN
Video Pra-Latihan ini adalah kompilasi video ringkas yang dirancang untuk memberi pendedahan awal kepada usahawan tentang topik-topik yang akan dibincangkan dalam sesi Webinar. Melalui video ini, peserta akan diperkenalkan kepada asas-asas keusahawanan seperti:
- Strategi Membina Model Perniagaan
- Teknik Pemasaran Berkesan
- Perancangan Kewangan yang Bijak
- Pengurusan Operasi Perniagaan
Dengan video ini, usahawan dapat memahami konsep penting sebelum sesi Webinar, menjadikan pembelajaran lebih efektif dan bersedia untuk langkah seterusnya dalam perniagaan.
PODCAST EMPOWHER
NADI EmpowHer adalah siri video Podcast khas untuk memperkasakan usahawan wanita. Podcast ini memberi tumpuan kepada cabaran unik yang dihadapi wanita dalam dunia perniagaan, sambil mengetengahkan kisah inspirasi usahawan wanita berjaya.
Apa yang ditawarkan:
• Kisah Kejayaan Usahawan Wanita
• Sesi Bimbingan (Mentoring) dan Sokongan
• Panduan Mengimbangi Peranan sebagai Isteri, Ibu, dan Pemimpin komuniti
Program ini bertujuan membantu wanita mencapai kecemerlangan dalam perniagaan dengan menyediakan sumber inspirasi dan sokongan menyeluruh.
PODCAST NADIPRENEUR
Jelajahi dunia keusahawanan melalui Podcast Nadipreneur yang penuh dengan perbincangan eksklusif, kisah inspirasi, dan pandangan pakar dari pelbagai industri. Setiap episod dirancang untuk mendedahkan usahawan kepada:
• Strategi Pemasaran Terkini
• Pengurusan Kewangan yang Mampan
• Amalan Terbaik Membangunkan Perniagaan Berdaya Saing
Dengar perkongsian daripada usahawan berjaya, mentor industri, dan pakar strategi perniagaan yang akan memberi anda panduan dan motivasi untuk terus berkembang.