SOALAN LAZIM
PENDAFTARAN
Soalan 1 : Bagaimana saya ingin menyertai program NADI x KEUSAHAWANAN ini?
Usahawan boleh mendapatkan pautan borang pendaftaran dari NADI tempat anda berdaftar
Soalan 2 : Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti program ini?
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-60 tahun
3. Mesti berdaftar sebagai ahli NADI
4. Individu yang sedang menjalankan perniagaan – Produk atau perkhidmatan
5. Syarikat yang berdaftar atau belum berdaftar boleh turut serta
6. Komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat
7. Kesediaan untuk menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun seperti Video Pra Latihan, Podcast, Webinar dan Bootcamp.
8. Hanya 1 penyertaan untuk 1 Syarikat (tiada penyertaan berulang dalam cohort lain)
Soalan 3 : Sekiranya saya ingin bertukar dari Cohort yang diberikan kepada Cohort yang lain, bagaimana?
Sila maklumkan kepada Sekretariat menerusi Group Whatsapp
Soalan 4 : Bilakah tarikh pendaftaran untuk program ini?

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya saya terpaksa menarik diri daripada program ini?
Sila maklumkan kepada Sekretariat menerusi Group Whatsapp
Soalan 6 : Bolehkah setiap NADI diwakili lebih daripada 4 orang Usahawan?
TIDAK. NADI perlu menyenaraikan / mendaftarkan lebihan bilangan Usahawan di dalam
COHORT seterusnya.
AKTIVITI LATIHAN (VIDEO PRA LATIHAN, WEBINAR ATAS TALIAN & PODCAST)
Soalan 1 : Berapa lama saya perlu mengikuti Program ini?
Setiap COHORT berlangsung selama 2 bulan. Berikut adalah Sesi untuk setiap COHORT

Soalan 2 : Sebagai Peserta Program, apakah aktiviti / tugasan yang perlu saya ikuti?
Selama 2 bulan, setiap Peserta Program perlu mengikuti aktiviti berikut
Pertama : Menonton video Pra Latihan
Kedua : Mengikuti Sesi Webinar Atas talian
Ketiga : Menonton Podcast NADIPreneur
Keempat : Menonton Podcast EmpowHer (khusus untuk peserta Wanita).
Walaubagaimanapun, khusus untuk para usahawan, PODCAST disediakan setiap bulan untuk tontonan. Diharap siri PODCAST ini dapat membantu menambahkan ilmu usahawan di dalam menjalankan perniagaan.
Soalan 3 : Apakah itu Video Pra-Latihan?
Video Pra-Latihan ini adalah kompilasi video-video pendek bagi menyediakan usahawan
dengan pendedahan awal berkaitan topik Webinar
Soalan 4 : Mengapa saya perlu menonton Video Pra-Latihan?
Ia akan menyediakan dan membantu usahawan untuk memahami topik latihan dengan lebih jelas.
Soalan 5 : Apakah Topik Video Pra Latihan?
A. Perancangan Perniagaan
A1 Panduan Strategi Perancangan Perniagaan
- Pengenalan Business Model Canvas (BMC) (3:54)
- Pengenalan Kepada Tawaran Nilai (6:50)
- Konsep Kapal Terbang Untuk Mengembangkan Perniagaan Kecil (6:17)
A2 Memulakan Perniagaan
- Modul 1 : Kitaran Perniagaan (3:51)
- Modul 2 : Permulaan Perniagaan (3:24)
- Modul 3 : Modal Perniagaan (4:04)
- Modul 4 : Jenis-Jenis Perniagaan (4:37)
- Modul 5 : Pendaftaran Perniagaan (4:06)
B. Pengurusan Kewangan Perniagaan
B1 Pengurusan Kewangan 101
- Modul 1: Asas Perniagaan (4:37)
- Modul 2: Definisi Pengurusan Kewangan (4:46)
- Modul 3: Kepentingan Pengurusan Kewangan (4:40)
- Modul 4: Catatan dan Laporan (3:47)
- Modul 5: Pengasingan Entiti (4:28)
B2 Memahami Penyata Kewangan
- Modul 1: Apakah Penyata Kewangan (4:07)
- Modul 2: Sumber-sumber Penyata Kewangan (3:57)
- Modul 3: Komponen Penyata Kewangan (3:45)
- Modul 4: Kepentingan Penyata Kewangan (3:16)
- Modul 5: Penyata Aliran Tunai, Penyata Pendapatan & Kunci Kira-kira (3:31)
B3 Pengurusan Aliran Wang Tunai
- Modul 1: Apa Itu Aliran Tunai (3:56)
- Modul 2 : Konsep Akru & Konsep Tunai (3:29)
- Modul 3 : Aliran Tunai & Buku Tunai (3:51)
- Modul 4 : Aliran Masuk Tunai & Aliran Keluar Tunai (3:59)
- Modul 5 : Baki Lebihan (Surplus) & Baki Kurang (Deficit) (3:36)
C. Operasi Perniagaan
- Modul 1: Pengenalan Kepada Pengurusan Operasi Perniagaan (5:57)
- Modul 2: Asas Perniagaan (12:42)
- Modul 3: Pengurusan Kewangan (13:50)
- Modul 4 : Pemasaran & Jualan (14:59)
- Modul 5 : Operasi Pengurusan Sumber Manusia (9:05)
- Modul 6 : Operasi Perniagaan (11:59)
D. Pemasaran
- Pengenalan Marketing Mix (5:00)
- Pemasaran Produk (10:00)
- Pemasaran Perkhidmatan (10:00)
- Perbezaan Fungsi Pemasaran dan Jualan (15:00)
Soalan 6 : Dimanakah saya boleh menonton Video Pra-Latihan?
Usahawan boleh menonton video di NADI tempat anda mendaftar. Walaubagaimanapun,
sekiranya masa tidak mengizinkan, Usahawan boleh saja menonton dari mana-mana lokasi.
Soalan 7 : Adakah saya perlu menonton kesemua Video Pra-Latihan?
Ya. Usahawan perlu menonton kesemua siri Video Pra-Latihan bagi memudahkan pemahaman
ketika mengikuti Webinar.
Soalan 8 : Bagaimana saya boleh mendapatkan Video Pra-Latihan?
Pautan Video Pra-Latihan akan diberikan oleh Sekretariat melalui Group Whatsapp Peserta
yang berdaftar sahaja. Peserta perlu log masuk pautan tersebut dan mengisi butiran berikut:
1. Nama Penuh
2. No Kad Pengenalan
3. NADI anda berdaftar
4. No Telefon
5. Emel
Soalan 9 : Bagaimana saya ingin mengulang tonton Video Pra-Latihan?
Klik pada pautan Video Pra-Latihan yang sama dan anda masih boleh mengakses video-video
tersebut. Ulang langkah seperti di No 8.
SESI WEBINAR ATAS TALIAN
Soalan 1 : Apakah itu Webinar Atas Talian?
Webinar Atas Talian adalah sesi dimana tenaga pengajar akan memberikan latihan setiap topik
secara langsung dan Usahawan boleh berinteraksi dengan tenaga pengajar bagi memahami
topik yang lebih mendalam
Soalan 2 : Berapa lama Webinar Atas Talian dijalankan?
Setiap usahawan perlu mengikuti Webinar Atas Talian selama 1.5 jam sekali setiap bulan.
Jadual Webinar Atas Talian

Setiap Usahawan akan dipecahkan kepada 9 Kumpulan dan ketetapan masa Webinar adalah
seperti berikut

Soalan 3 : Dimanakah saya perlu mengikuti Webinar Atas Talian?
Usahawan PERLU hadir ke NADI tempat anda mendaftar untuk mengikuti Sesi Webinar Atas
Talian.
Soalan 4 : Apakah topik yang akan saya pelajari?
BULAN 1 (Sesi 1) : Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan
BULAN 2 (Sesi 2) : Pemasaran & Operasi Perniagaan
Soalan 5 : Jika saya tidak mengikuti sesi ini sepenuhnya, apakah implikasinya?
Kehadiran sesi Webinar Atas Talian ini merupakan salah satu kriteria pemilihan usahawan
untuk ke peringkat seterusnya.
Soalan 6 : Dan sekiranya saya tidak dapat mengikuti sesi ini yang telah dijadualkan untuk saya sepenuhnya, apa yang perlu saya lakukan?
Sila maklumkan kepada Sekretariat menerusi Group Whatsapp dan pihak Sekretariat akan
menyenaraikan anda di Kumpulan / ZOOM yang masih ada kekosongan.
Soalan 7 : Adakah saya perlu mempunyai akaun ZOOM untuk mengikuti Sesi Webinar Atas Talian?
Usahawan tidak perlu mempunyai akaun ZOOM sendiri. Hanya perlu klik pada pautan ZOOM
yang diberikan untuk mengikuti Webinar.
Soalan 8 : Adakah sijil diberikan kepada Usahawan?
Ya. E-sijil akan diberikan kepada peserta yang mengikuti keseluruhan modul yang ditetapkan.
PODCAST
Soalan 1 : Apakah itu PODCAST?
PODCAST merupakan sesi temubual bersama para Usahawan dan Pakar Industri membincangkan topik-topik berkaitan pengalaman kejayaan dan jatuh bangun di dalam mengusahakan perniagaan.
Soalan 2 : Mengapa saya perlu menonton PODCAST?
Sesi PODCAST dapat memberikan inspirasi dan panduan kepada Usahawan.
Soalan 3 : Apakah Topik PODCAST?
Senarai PODCAST NADIPreneur
Usahawan Pintar, Kunci Kewangan Stabil (Hj Prasad Hanif (Mentor Kewangan), 26-Jan-25)
Dari Asas ke Ikonik: Ceritera Jenama (Shahana Azlan (Marketing Mentor), 26-Feb-25)
Duit boleh dicari, Hutang jangan lupa dibayar! (Tengku Ismith Tengku Ilham (Mentor Kewangan), 25 Mac 25)
Gagal Merancang, Merancang untuk Gagal (Wan Sabariah Shuib (Founder of Ciera Product), 30-Apr-25)
e-Dagang: Usahawan Era Digital (Syahmi Kamal (Mentor e-Dagang), 28-Mei-25)
Peranan visual dalam strategi pemasaran perniagaan (Najmi Alif Che Harun (Founder, Alev Global), 25-Jun-25)
Strategi Perniagaan: Bila-bila Masa di Mana Saja (Mohd Muhsin Ahmad Sabri (Bateriku), 26-Jul-25)
Tips Social Media – Posting Sempoi, Maksud sampai! (Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir (Pensyarah Kanan, Politeknik Nilai), 26-Ogos-25)
Langkah Berani: Bersaing dengan Gergasi Pasaran (Noormawarni Nordin (Founder, NFA Technology), 26-Sep-25)
Teknologi dalam Dunia Usahawan: Peluang dan Cabaran (Fadillah Iskandar (Founder, Flaworks), 26-Oct-25)
Lindungi Perniagaan dengan Keselamatan Siber (Tuan Faisal Azmy Tuan Kob (Chief Growth Officer, Nexagate), 26-Nov-25)
Tawaran Nilai Hebat, Pelanggan Pasti Terpikat (Shahril Ahmad (Vice President II, Business Advisory, MTDC), 25-Dis-25)
PODCAST EMPOWHER
Wanita Sate Mendonia (Norminah Syafiral (Owner, Minah Satay), 25-Jan-25)
Salah Sasaran Pasaran, Suatu Pembaziran (Tengku Nila Putri Tengku Ilham (Marketing Mentor), 25-Feb-25)
Kisah Tepung & Ketuhar: Manisnya Dunia Pembakar (Dahlia Nazmi (CEO, Ajwa Bakery), 24-Mac-25)
Fit & Fabulous (Leha Osem (Malaysian Fitness Influencer), 29-Apr-25)
Kuasa Visual Membina Legasi (Nor Arzita Aziz (Founder, Jagat Media PLT), 27-Mei-25)
Berkongsi Hidup & Perniagaan (Dr Aisyah Mohamad Nor (Co-Founder, Alev Global Sdn Bhd), 24-Jun-25)
Jual Muka ke Jual Produk? (Asmah Laili Ab Rahim (Partner, BigSign Advertising), 25-Jul-25)
Wanita Bijak Mendominasi Dunia Niaga (Fauziah Sirat (Lead Trainer, Bravometer Sdn Bhd), 25-Ogos-25)
Bual Kombucha: Inspirasi di Sebalik Rasa (Yazra Nadia binti Yahaya (Founder & Executive Director, Citra Kesom Sdn Bhd), 25-Sep-25)
Dari Kalam ke Kejayaan (Ustazah Anna Rosdijanti (Founder, BeanaHomequran Sdn Bhd), 25-Oct-25)
Pekerja Power Syarikat Super (Mastura Khairi (HR Consultant, MTR Solutions), 24-Nov-25)
Ini Jenama Saya, Tolong Jangan Ciplak! (Wan Rusmawati Mohamed (Trademark Consultant, One Global IP Sdn Bhd), 25-Dis-25)
Soalan 4 : Dimanakah saya boleh menonton PODCAST?
Usahawan boleh menonton PODCAST dari mana-mana lokasi.
Soalan 5 : Adakah saya perlu menonton kesemua PODCAST?
Ya. Usahawan perlu menonton kesemua siri PODCAST bagi memudahkan pemahaman ketika mengikuti Webinar.
Soalan 6 : Bagaimana saya boleh mendapatkan PODCAST?
Pautan Video Podcast akan diberikan oleh Sekretariat melalui Group Whatsapp Peserta yang berdaftar sahaja.
Soalan 7 : Bolehkah Usahawan Lelaki menonton Podcast Empowher?
Boleh dan digalakkan.